Enterprise

ENTERPRISE VS SDN BHD
Kenapa pula ada suara tertentu mencadangkan agar pendaftaran syarikat Enterprise disekat agar lebih ramai yang menubuhkan Sendirian Berhad (Sdn Bhd)

Kononnya, enterprise berstatus pemilikan tunggal dan individu itu tidak aktif. Cadangan lapuk inilah yang membawa virus kebencian kepada kerajaan.

Sebenarnya hanya sebahagian yang tidak aktif namun sesetengah mendapat tender kerajaan nilaian jutaan ringgit. Adakah ini yang dikatakan tidak aktif? Ini juga termasuk kontraktor kelas F, Makanan bermasak, Pembersihan dan Pembekal F&B.

Apa motif disebalik idea yang diberi? Inilah masanya pembangkang akan mengatakan kerajaan dah tak ada duit… Nak paksa rakyat untuk bagi duit kepada kerajaan…

Tahu atau tidak, pendaftaran Enterprise cuma RM 60.00 berbanding Sdn Bhd RM 2,500 hingga RM 3,000.00

Faham atau tidak, Sdn Bhd perlu melantik setiausaha syarikat dan audit syarikat yang mana hampir RM 10,000.00 setiap tahun dibelanjakan.

Peduli atau tidak, Sdn Bhd perlu berhadapan dengan bermacam – macam cukai, GST dan lain – lain.

Menyampah atau tidak, Sdn Bhd perlukan rakan kongsi dan saham tertentu. Bila BERGADUH maka tutuplah syarikat tersebut.

Saya setuju jika kerajaan membuat tranformasi agar lebih ramai peniaga menjalankan sistem dan prosedur Sdn Bhd namun BAYARAN dan CUKAI masih enterprise.

Tergamakkah kita, mak cik – mak cik peniaga nasi lemak, karipap, goreng pisang dan seumpamanya tepi jalan wajib berdaftar SDN BHD.

Sebelum nak buat cadangan atau idea yang tak berapa bernas itu, saya mohon individu yang mencadangkan usul tersebut belajar dulu selok belok berniaga, jangan main sedap mulut saja yang mana boleh menyusahkan dan merugikan rakyat.

Perkara begini juga boleh menjatuhkan reputasi dan sokongan rakyat kepada kerajaan. Kita bimbang akan memberi impak yang negetif pada pilihanraya akan datang.

Wassalam,

“Jemaah Jihad Ekonomi Ummah”

STE (HONS) DATO’ ZAINI TAHA

Presiden KUSEL

Advertisements